Wednesday 27 July 2011

Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu






Pengenalan



Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.



Kebaikan

Untuk bayi :



Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.

Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.

Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar

Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.

Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.

Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.

Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.

Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.

Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

Untuk ibu, penyusuan susu ibu :



membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.

mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :



Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Persediaan awal



Sebelum kelahiran

Semasa kelahiran

Selepas kelahiran

Sebelum kelahiran



Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami

Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.

Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan



Sentuhan kulit

Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.



Permulaan awal

Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.



Selepas melahirkan



Menyusu mengikut kehendak.

Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.



Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)

Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.



Tiada puting tiruan.

Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Putus Haid - Apa itu menopause?

Putus Haid
Apa itu menopause?

Bermaksud tiada lagi mengalami kedatangan haid

Anda tidak boleh lagi mendapat zuriat

Haid mungkin berhenti secara tiba-tiba, beransur ansur atau tidak tetap

Bila menopause berlaku?

Menopause berlaku dikalangan wanita yang berumur 45 hingga 55 tahun, purata pada umur 50 tahun.



Bolehkah menopause berlaku sebelum usia 40 tahun?

Ya, ia boleh berlaku sebelum berusia 40 tahun. Ia dikenali sebagai menopause awal, ini bermakna ovari tidak lagi berfungsi. Bilangannya sekitar satu peratus dari jumlah wanita menopause yang mungkin disebabkan oleh :



Pembedahan, contohnya mengeluarkan barah ovari

Penyakit penyakit darah (autoimune) contoh Systemic lupus Erythromatosus, rheumatoid arthritis, Hypothyroidism atau Crohn's disease

Penyakit keturunan contoh, Familial ovarian failure dan galactosaemia

Jangkitan viral

Kebanyakan sebab sebab masih belum diketahui.

Apakah tanda-tanda menopause?

Tanda tanda menopause terbahagi kepada:



Gejala vasomotor

Panas dan kemerahan dimuka

Berpeluh

Denyutan jantung yang laju

Serangan kegugupan (panik)

Susah tidur

Gejala mental

Emosi yang berubah-ubah

Suasana perasaan yang berubah-ubah

Keletihan

Kurang daya ingatan

Mudah tersinggung

Kurang daya seks

Gejala saluran kencing/Urogenital

Kekeringan faraj

Kerap kencing

Kencing tidak terkawal

Penyakit tulang

Tulang menipis (osteoporosis)

Ketinggian badan mengurang

Kepatahan tulang

Lain-lain gejala

Kulit menipis ( atrophy )

Kehilangan anjalan kulit

Kulit kering

Rambut bertambah gugur

Mudah mendapat ruam

Apa itu keadaan panas dan kemerahan dimuka?

85% wanita yang menopause mengalami keadaan panas dan kemerahan dimuka:



Kebiasaannya kepanasan mula dirasai dari kepala dan muka kemudian menular keleher serta lain lain bahagian badan

Berakhir untuk tempoh 3 hingga 6 minit

Berserta dengan kelajuan denyutan jantung secara tiba-tiba, suhu kulit meningkat dan berpeluh-peluh

boleh berlaku sekali dalam sebulan, sekali dalam seminggu atau beberapa kali dalam setiap jam.

Apakah komplikasi-komplikasi menopause?



Penyakit jantung

Osteoporosis ( Kemampatan tulang mengurang yang menyebabkan tulang menjadi rapoh )

Angin akhmar ( stroke )

Adakah rawatan untuk tanda tanda menopause?

Tingkatkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan dengan berkesan gejala-gejala menopause yang tidak disenangi. Ini termasuk:



Makanan berkhasiat

Elakan merokok

Selalu bersenam

Berfikir secara positif

Melakukan pemeriksaan Pap Smear

Melakukan pemeriksaan payu dara

Rawatan hormon gantian ( HRT ) ,boleh mengurangkan simptom menopause dengan berkesan terutama keadaan panas dan kemerahan dimuka ( hot flushes ),kekeringan faraj,masaalah kerap kencing,kencing tidak terkawal. Ini melibatkan pengambilan ubatan oestrogen sahaja atau oestrogen dan progestin.

Hormon hormon ini boleh didapati dalam bentuk:



Krim faraj

Menanam

Pil

Suntikan

Tampalan

Memasukan alat vaginal ring

Apakah yang perlu saya buat sebelum mengambil HRT?

Melakukan penilaian sebelum memulakan rawatan HRT, ini termasuk:



Pemeriksaan menyeluruh termasuk payu dara dan pemeriksaan pelvis

Papanicolaou smear

Mammogram

Fasting lipid profile

Fasting glucose level

Liver function test

Bolehkah HRT menyebabkan barah payu dara?

Risiko barah payu dara bertambah mengikut jangka masa pengambilan HRT



Apakah kesan sampingan HRT?

Kesan sampingannya termasuk:



Kesan sampingan ringan:

Payu dara sakit bila disentuh

Kekejangan

Membengkak

Murung

Loya dan muntah

Sakit kepala

Pendarahan dari faraj

Kesan sampingan berat:

Barah payu dara

Serangan sakit jantung

Angin akhmar (stroke)

Barah rahim bagi pengambilan ubatan ubatan oestrogen yang banyak

Oleh sebab itu pesakit yang mengambil rawatan HRT perlu dipantau rapi oleh kakitangan kesihatan yang profesional untuk membolehkan mereka mendapat faedah yang maksima.



Bilakah HRT tidak sesuai digunakan?

HRT tidak sesuai digunakan:



Mengandung

Penyakit hati yang aktif

Disyaki barah payu dara atau rahim

Thrombophlebitis (pembekuan pembuluh darah)

Dimana untuk mendapatkan bantuan?

Minta bantuan dari klinik kesihatan yang berdekatan.



Bahan Rujukan



Better Health Channel Feb 2004 Menopause

Better Health Channel Nov 2004 Premature menopause

Women's Health Community Dec 2004 Menopause

Family doctor org. Sept 2004 Menopause; What to expect when your body is changing

Masalah Keputihan Wanita di Alat Kelamin

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.



Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari

vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.



Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.



Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.



Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.







Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.



Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:



>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia



>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal



>> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau



>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah



>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk



Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:



>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen



>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen



>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.



Antara perkara yang perlu untuk diketahui :



1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita



2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar



3. Menjauhi tekanan yang berlebihan



4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil



5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

Tuesday 27 April 2010